Thursday, April 15, 2010 0 comments

Doa dan Zikir Pada Hari Jumaat

Salam wahai seluruh umat islam dan sahabat2x..
Alhamdulillah kepada-Nya kerana memberi sy peluang untuk hidup di muka bumi ini pada hari ini.
Insya-Allah, sy akan berkongsi sebuah artikel yang sy dpt ketika melayari blog2x para ilmuan yang tidak putus-putus berkongsi pendapat, dan ilmu kepada kita semua.

Hari Jumaat adalah hari yang paling afdal dalam seminggu. Allah Subhanahu wa Ta`ala telah mengkhususkannya untuk kaum muslimin yang belum pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya sebagai karunia dan pemuliaan terhadap umat ini. Pada hari tersebut terdapat ibadah-ibadah yang khusus.

Di bawah ini akan disampaikan dalil-dalil yang menyebutkan keutamaannya dan sunnah-sunnah serta kewajipan yang diperintahkan dalam rangka memuliakan hari Jumaat.
Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakan:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)
Ibadah khusus yang mulia pada hari Jumaat adalah solat Jumaat. Barangsiapa meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar dan akan di azab dengan azab yang pedih (Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin). Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam mengatakan tentang suatu kaum yang meninggalkannya:
“Sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang laki-laki solat bersama dengan manusia kemudian aku akan membakar rumah- rumah mereka yang tidak melakukan solat Jumaat.”
(HR. Muslim, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)
Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Muhammad bin Abdirrahman bin Zahrah, aku mendengar pakcikku berkata, Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.”
(HR. Al-Baihaqi, AbuYa’la, disahihkan oleh Ibnu Hajar dan Ibnu Mundzir. Hadith ini dihasankan oleh Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin)
Berikut ini ada beberapa hal yang disunnahkan berkenaan dengan keutamaan hari Jumaat:
1) Disunnahkan berdoa kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa). Para ulama berbeza pendapat tentang waktu-waktu terkabulnya doa pada hari Jumaat tersebut.
Ada yang berpendapat pada saat imam duduk di antara duakhutbah, antara duduknya imam sampai selesainya solat, dan ada pula yang berpendapat akhir waktu dari hari Jumaat yaitu akhir waktu dari solat Asar. Pendapat yang terakhir inilah yang dikuatkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma`ad bab Jumaat dan Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Ibnul Qayyim mengatakan inilah pendapat jumhur ulama dan para sahabat.
Hal ini terdapat dalam hadith bersumber dari Jabir bin Abdillah:
Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bahawasanya beliau berkata:
“Pada hari Jumaat ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah ‘Azzawa Jalla kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, yaitu akhir waktu setelah `Asar.”
(HR. Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud, hadith 926 hal. 196)
Doa yang paling disukai oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:
“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”
(HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim).
2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam.
Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah berkata:
“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikanAdam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)
3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi shallallahu `alaihi wa sallam berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafaz Tirmidzi:
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”
Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu`anhu bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam berkata;
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Pada hadith yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)
Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.”
(Muttafaqun `alaihi)
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa :
Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).
Wallahua’lam

Tuesday, April 13, 2010 Tags: , , 2 comments

12 Barisan di Akhirat

Salam wahai muslimin dan muslimat di muka bumi ini.
Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang sekali lagi untuk menulis di dalam blog yang bertujuan untuk berkongsi pendapat dan peringatan bahawa hidup di muka bumi ini hanyalah sementara. Insya-Allah sama-sama kita mendapatkan manfaatnya.

Judul entry saya kali ini adalah 12 barisan di akhirat. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Marilah kita sama-sama huraikan dan renungkan setiap barisan di akhirat nanti. Insya-Allah.

12 Barisan di Akhirat
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
WASSALAM.

Sunday, April 11, 2010 Tags: , , 2 comments

Hadith of the day- Ilmu

Salam wahai seluruh saudara Islam di muka bumi ini.
Insya-Allah, sebelum saya berehat pada malam ini untuk menyimpan tenaga yang bakal digunakan pada hari esok, saya ingin berkogsi dengan anda semua sebuah hadis yang akan dirungkaikan oleh golongan yang intelek dalam ilmu Agama Islam. Dan Insya-Allah, saya akan isikan ia sebagai slot Hadith of the day.

Hadith yang saya pilih hari ini adalah

“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takut kepada Allah, menuntutnya adalahibadah, membincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah; kerana ilmulah petunjuk kepada yang halal dan haram, menara kepada jalan penghuni syurga, teman setia di saat kesunyian, rakan di masa keseorangan, teman berbicara di waktu kesunyian, petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh, perhiasan di saat bersama teman-teman. Dengan ilmu Allah telah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum, sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohi dan pendapat mereka dijadikan pemutus. Para malaikat terlalu ingin berteman dengan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayapnya. Setiap benda lembab, kering, ikan dan binatang di laut, bintang buas di darat dan binatang jinak, kesemuanya memohon agar merka diampunkan. Kerana ilmu meghidupkan hati dari kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam. Dengan ilmu, hemba dapar mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan akhirat.”

(Hadith riwayat Ibni Abdul-Barri dalam kitab “Al-Ilmu”.)

semoga hadith ini akan menjadi pedoman kepada kita.

Insya-Allah, Wallahualam

Wassalam

Saturday, April 10, 2010 Tags: , , 0 comments

Menuntut Ilmu Kerana Allah

Salam wahai sahabat dan muslimin serta muslimat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi nikmat hidup di atas muka bumi ini. Bagi yang akan menghadapi peperiksaan akhir di ipta-ipta, semoga berjaya hendaknya. Semoga usaha anda sekalian akan membuahkan hasil yang membanggakan. Insya-Allah.

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah sabda Rasulullah (s.a.w) iaitu-

'barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah (s.w.t) sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan di dalam hati kerana Allah (s.a.w).

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.

Friday, April 9, 2010 Tags: , 0 comments

Kelebihan Zikrullah

Salam wahai semua muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk melakukan ibadah pada hari ini. Semoga semua amalan kita pada hari ini sentiasa diberkati oleh-Nya.

Post saya kali ini adalah mengenai zikrullah yang harus dilakukan oleh setiap umat Islam kerana ia dapat membentuk hati yang nurani, bersih daripada kemaksiatan.

Hazrat Abu Hurairah رضى الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Dunia dilaknat dan apa-apa yang ada di dalam dunia juga dilaknat (jauh (daripada rahmat Allah سبحانه وتعالى) kecuali zikrullah dan apa-apa yang menghampirkan kepadanya, alim dan penuntut ilmu.”

[Hadith Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Iain-lain.]

Keterangan:

Apa-apa yang menghampirkan kepadanya‘ boleh dimaksudkan apa-apa yang menghampirkan kepada zikir. Jika demikian maka maksudnya adalah apa-apa yang menolong dan membantu seseorang untuk berzikir, termasuk juga makan minum sekadar perlu dan keperluan-keperluan hidup yang lain. Menurut pengertian ini segala perbuatan yang berbentuk ibadat adalah juga termasuk dalam zikrullah.

Apa-apa yang menghampirkan kepadanya‘ boleh juga membawa maksud apa-apa yang menghampirkan kepada Allah. Mengikut pengertian ini pula apa-apa yang menghampirkan kepada Allah, termasuklah segala jenis ibadat dan yang dimaksudkan daripada zikrullah yang disebutkan dalam hadith di atas ialah zikir yang khusus.

Ilmu termasuk dalam kedua-dua pengertian tersebut. Mengikut pengertian pertama, ilmulah yang menghampirkan seseorang kepada zikrullah. Sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair, ‘Tidak mungkin seseorang dapat mengenal Allah tanpa ilmu’. Manakala mengikut pengertian yang kedua ialah tidak ada ibadat yang lebih penting daripada ilmu. Walaupun demikian orang alim dan penuntut ilmu masih disebutkan dalam hadith tersebut secara berasingan untuk menegaskan bahawa ilmu adalah sesuatu yang begitu berharga.

Diriwayatkan dalam satu hadith bahawa menuntut ilmu semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى adalah termasuk dalam pengertian takut kepada Allah سبحانه وتعالى. Menuntut ilmu dan pergi ke mana-mana saja untuk mencari ilmu adalah ibadat. Menghafal ilmu adalah tasbih (mensucikan Allah سبحانه وتعالى ). Perbincangan dalam mengkaji ilmu adalah jihad. Membaca dan mentelaah kitab adalah sedekah dan mengajar ilmu kepada orang-orang yang layak diajar adalah penghampiran diri kepada Allah. Sesungguhnya melalui ilmu, halal dan haram dapat dibezakan. Ilmu adalah tanda arah jalan ke syurga, penghibur hati ketika gelisah, teman dalam perjalanan, guru ketika keseorangan, memberi petunjuk dalam kesenangan dan kesusahan dan senjata ketika melawan musuh untuk membela kawan.

Oleh itu, Allah سبحانه وتعالى telah meninggikan darjat para ulama. Mereka adalah penyeru kepada kebaikan. Mereka adalah imam yang jejak langkah dan amal perbuatan mereka perlu diikuti, mereka sebagai tempat rujukan. Para malaikat suka bersahabat dengan mereka. Para malaikat mengusap sayap-sayap ke atas mereka untuk mengambil berkat atau menunjukkan kasih sayang. Setiap makhluk di dunia ini sama ada yang di darat mahupun yang di laut memohon keampunan untuk mereka. Sehinggakan ikan-ikan di laut, binatang-binatang buas di hutan dan binatang yang berbisa (seperti ular dan sebagainya) juga sentiasa memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى untuk mereka. Ini semuanya ialah kerana ilmu merupakan nur bagi hati dan cahaya bagi mata. Melalui ilmu seseorang hamba boleh sampai ke tahap sebagai seorang yang terbaik di kalangan umat dan boleh mencapai kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

Memutalaah pelajaran adalah umpama puasa dan menghafal adalah seperti bertahajud. Dengan ilmu dapat dieratkan lagi tali persaudaraan, dan dengan ilmu juga dapat mengenal yang halal dan yang haram. Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah pengikut ilmu. Ilmu hanyalah diilhamkan kepada orang-orang yang berbahagia sahaja sedangkan orang-orang yang malang adalah jauh daripada ilmu. Kedudukan hadith yang disebutkan di atas telah dipertikaikan oleh sesetengah ulama. Walau bagaimanapun, apa-apa saja kelebihan yang terkandung dalam hadith tersebut disokong oleh hadith-hadith yang lain. Selain itu, banyak kelebihan yang lain diterangkan dalam kitab-kitab hadith. Oleh itulah alim dan penuntut ilmu disebut secara khusus dalam hadith di atas.

Rujukan:
1. Allama Mohammad Zakariyya rah.alaih syeikhul hadith. 2004. FADHILAT ZIKIR. Kuala Lumpur: ERA ILMU SDN. BHD. m.s 71-73.

Sesungguhnya, Allah s.w.t itu maha mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.
Wallahualam,
Wassalam

Dia Lebih Mengetahui..Malah Hanya Dia Yang Maha Mengetahui

Salam wahai seluruh saudara-saudara Islam di atas muka bumi ini..

Biarlah entry pertama saya bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Al-Fatihah buat sahabat seperjuangan , Allahyarham Mohd Shah Nour Bin Mat Ani, seorang sahabat tatkala di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Pemergian beliau amat dirasai oleh rakan-rakan kami yang begitu rapat dengan beliau. Semoga beliau sentiasa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya. Insya-Allah.

Begitulah hidup kita, Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Setiap manusia termasuk saya sendiri akan mengalami kematian. Sesuatu yang x mungkin dapat kita hindari. Hanya amalan-amalan kita semasa di dunia ini yang menjadi bekalan di sana kelak. Sungguh memilukan hati, menggangui fikiran, penyesalan yang amat sangat atas segala kesilapan, kekhilafan, dosa pada masa lampau. Sesungguhnya saya amat memohon sentiasa diberikan kekuatan untuk menebus semula semua kesalahan dan dosa masa lampau. Insya-Allah, mohonlah petunjuk daripada Allah s.w.t. Nescaya Dia sentiasa berada di sisi kita untuk melindungi kita. Mohonlah petunjuk, berdoalah kepada-Nya. Insya-Allah.

Di sini, saya mengambil sedikit Risalah Mahabbah yang berjudul-Dia Lebih Mengetahui..Malah Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Risalah ini sangat menyentuh hati, memberi peringatan kepada saya, dan Insya-Allah, saya akan kongsikan bersama-sama saudara sekalian.

Risalah Mahabbah yang berjudul-Dia Lebih Mengetahui..Malah Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Andai anda terasa bahang panas hidupmu, lalu terasa sukar menghadapi kepanasannya, maka ingatlah kedinginan salju juga bisa membunuh –dengan kehendak Allah- dengan sifat membekunya. Andai anda letih dengan keringnya jalan hidupmu, kenanglah hujan juga bisa membanjirkan sebuah daerah lalu memusnahkan segala isinya –dengan ketentuanNya-.



Andai anda terhimpit dengan kemiskinan, ingatlah hidup orang-orang kaya juga sering terdedah kepada ramai penghasut dari kalangan teman dan lawan. Hakikat kelapangan itu bukan pada apa yang anda pandang daripada cerita hidup manusia di sana sini, tetapi daripada penghayatan anda bahawasanya Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirimu berbanding dirimu sendiri.



Ungkapan paling ringkas untuk menyimpan makna perkataan tersebut adalah, redha dengan Allah s.w.t., dalam setiap ketentuanNya. Redha… Ungkapan yang mengandungi makna yang tidak semudah menyebut lafaznya.



Bagaimana seorang ibu menegah bayinya daripada makan makanan yang lazat-lazat itu suatu penyiksaan terhadap bayi tersebut. Itu bukanlah seorang ibu yang mempunyai hakikat keibuan. Bagaimana Allah s.w.t. menegahmu daripada apa yang anda ingini adalah suatu penyiksaan terhadapmu selaku hambaNya (yang beriman), melainkan sang hamba sendiri tidak faham tujuan di sebalik penegahan tersebut? Hanya kebiadabanmu yang memberontak di hadapan ketentuan Allah s.w.t. yang membuat anda terus tersiksa dalam menghadapi takdirNya.


Masalah besar adalah pada, kita tidak faham Allah s.w.t.. Masalah lebih besar adalah, dalam anda tidak faham Allah s.w.t., anda tidak berbaik sangka terhadap Allah s.w.t.. Makin buruk sangka itu membawa kepada makin merasai hidup ini terlalu pahit. Makin baik sangka itu jualah yang membawa kepada makin merasai manisnya kehidupan.



Laluan hidup ini hanya satu. Dari Allah s.w.t. dan menuju Allah s.w.t.. Destinasi kita adalah asal kita. Kalau kita fokus kepada “kerana apa” kita terus berjalan menuju destinasi, maka kita tidak disibukkan dengan rintangan sana sini di sepanjang perjalanannya. Seberat-berat rintangan jalan menuju Allah s.w.t. adalah kematian yang mempercepatkan kita untuk sampai kembali kepada Allah s.w.t.. Nah, redha dengan ketentuan Allah s.w.t. pun sampai kepada Allah dan yang memberontak terhadap Allah s.w.t. juga kembali kepada Allah s.w.t..



Masalahnya bukan pada sebab yang menyebabkan kamu kembali kepada Allah s.w.t, tetapi bagaimana kamu ketika kembali kepada Allah s.w.t.. Selaku hamba atau selaku pendusta? Kata mulut mencari redha, tetapi diri sendiri tidak mampu redha. Tanpa meredhai, bagaimana diredhai?



Hidup ini untuk anda redha terhadap ketentuan Allah s.w.t. dan terus beradab di hadrahNya. Bahagialah orang yang tahu Allah s.w.t. Maha Mengetahui lalu meredhai setiap ketentuanNya. Malanglah orang yang tahu Alah s.w.t. Maha Penyayang namun masih sentiasa membangkang ketentuan Allah s.w.t..


Jangan bicara tentang erti perjuangan, kalau kita sendiri tidak tahu kerana apa kita berjuang. Hidup ini perjuangan. Namun, kalau tidak tahu tujuan kita hadapi hidup, maka, untuk apa kita teruskan hidup? Memahami makna di sebalik sebuah perjuangan walaupun gagal dalam perjuangan itu lebih berharga daripada berjaya mendapat apa yang diperjuangkan tanpa mengetahui makna di sebalik perjuangan kita. Apatah lagi, kejayaan hidup adalah pada kejayaan menghayati maknanya secara hakikinya lalu merealisasikannya sebelum menemui kematian.


Makna hidup kita adalah kita hamba Allah s.w.t.. Tujuan hidup kita adalah menunaikan kehambaan kita kepadaNya. Mati dan tahu kerana apa kita mati itu lebih baik daripada hidup namun tidak tahu kerana apa kita hidup. Apa lagi sangat berharga orang yang hidup dan tahu kerana apa dia hidup dan bakal mati serta bakal dihidupkan kembali. Inilah penghayatan yang sejati.


Senyum, menangis, susah, senang, gembira, duka, benci, suka dan sebagainya, adalah antara sifat-sifat kemanusiaan manusia. Masalahnya bukan pada sifat-sifat tersebut, tetapi kerana apa kita bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Andai menghayati perbuatan-perbuatan Allah s.w.t. dalam diri anda, dengan sifat-sifat tersebut, maka anda bersama Allah s.w.t..



Raslullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- jua pernah tersenyum, namun senyuman Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- kerana Allah s.w.t.. Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- juga pernah menangis, tetapi tangisan Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- adalah penghayatan keperluan diri kepada Allah s.w.t.. Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- juga pernah bersedih, namun sedih Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- dengan penghayatan bahawa ianya menzahirkan kelemahan diri di hadap Allah s.w.t.. Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- jua pernah marah, namun marah Baginda -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- kerana Allah s.w.t..



Adapun kita, gembira kita pun daripada kelalaian dan bukan kerana Allah s.w.t., maka bagaimana sedih kita boleh lahir daripada penghayatan kebersamaan Allah s.w.t. dan kerana Allah s.w.t.?



Kerana itulah kita perlukan nur… Cahaya Allah s.w.t. yang bisa menerangkan hakikat hidup kita. Makna hidup semuanya ada dalam lubuk hati kita, namun kita terhijab daripadanya dengan hawa nafsu kita yang ingin menjalani kehidupan dengan makna yang berbeza. Mulakanlah dengan melawan hawa nafsu yang licik. Ia wujud bukan setakat dalam maksiat, namun juga dalam taat. Malah, Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- paling takut tipu daya nafsu dalam ketaatan kerana ianya gagal dikesan oleh kebanyakkan orang yang terhijab dengan kesolehan zahir mereka yang banyak taat dan berbuat kebaikan.



Sebab itulah Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Aku paling takut syirik kecil iaitu riya’”. Riya’ itu dalam ketaatan wahai teman-teman. Allah… Selamatkanlah kami daripada syirik kecil ini yang berpunca daripada ujub (rasa diri baik). Dalam ilmu boleh terbit ujub. Dalam amal boleh terbit ujub. Dalam akhlak mulia pun boleh terbit ujub. Hanya dengan bantuan Allah s.w.t. sahaja kita dapat bebaskan diri daripada ujub ini.



Setelah selesai ujub, maka anda akan melihat, ALLAH, di sebalik gerak dan diammu. Dialah yang Maha Wujud secara hakiki dan abadi. Dialah Maha Pembuat secara hakiki dan abadi. DIALAH ALLAH…



Bila sudah lihat ALLAH, hanya ALLAH, maka anda akan tahu kerana apa anda hadapi kehidupan ini. Malah, anda akan merasa kerdilnya diri di hadapan rahmat dan keampunanNya. Dengan melihat keagungan redhaNya, anda tidak akan berkira lagi untuk meredhaiNya dalam setiap ketentuanNya. Maka, mulalah melangkah menujuNya bersama-sama dengan mereka yang sedang melangkah menujuNya.



Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa. Amin…